Bila Hati Berbisik...

     Apabila hati ini berbisik resah, terlalu sukar untuk ku menyatakan gelora di hati. Perasaan ini bercampur gaul dengan pelbagai kemusykilan yang belum ada kepastian........
      Mengapa terlalu perit jika kita menyayangi seseorang yang teramat kita kasihi sedangkan kita tahu itu tidak mungkin di kecapi apatah lagi apabila orang yang kita sayang telah lama menjadi milik orang lain.....
       Namun hati ini tetap ingkar untuk terus merapati dan mengukuhkan ikatan.. berkorbanlah dengan pergorbanan suci demi mencuit secubit kasih agar dapat bertaut... Bergetar hati ini... memikirkannya......
        Sukarnya untukku mengucapkan perkataan sayang padanya, kerna jika itu aku lakukan aku takutkan aku bakal kehilangannya buat selama - lamanya.. inilah cinta terlarang... yang penuh duka dan luka....
          Sehingga kini aku masih lagi menaruh harapan agar dia mengerti bahawa selama ini dia amat ku sayang sepenuh hati ku... biarpun telah berkali - kali aku menolak dan membuang perasaan ini namun sebaliknya dia bagai memberi ruang dan peluang agar aku terus bergantung harapan.... Mengapa sukar baginya untuk memahami ku sepertimana aku memahaminya... ataupun mungkin dia sengaja mendugaku sejauh mana aku mampu bertahan..
    Naluri ini kuat menyatakan bahawa dia menyayangi ku seperti mana aku menyayanginya.. mungkin bibir kata terkunci sepi......

0 komen:

Post a Comment