Bila Hati Berbisik...

     Apabila hati ini berbisik resah, terlalu sukar untuk ku menyatakan gelora di hati. Perasaan ini bercampur gaul dengan pelbagai kemusykilan yang belum ada kepastian........
      Mengapa terlalu perit jika kita menyayangi seseorang yang teramat kita kasihi sedangkan kita tahu itu tidak mungkin di kecapi apatah lagi apabila orang yang kita sayang telah lama menjadi milik orang lain.....
       Namun hati ini tetap ingkar untuk terus merapati dan mengukuhkan ikatan.. berkorbanlah dengan pergorbanan suci demi mencuit secubit kasih agar dapat bertaut... Bergetar hati ini... memikirkannya......
        Sukarnya untukku mengucapkan perkataan sayang padanya, kerna jika itu aku lakukan aku takutkan aku bakal kehilangannya buat selama - lamanya.. inilah cinta terlarang... yang penuh duka dan luka....
          Sehingga kini aku masih lagi menaruh harapan agar dia mengerti bahawa selama ini dia amat ku sayang sepenuh hati ku... biarpun telah berkali - kali aku menolak dan membuang perasaan ini namun sebaliknya dia bagai memberi ruang dan peluang agar aku terus bergantung harapan.... Mengapa sukar baginya untuk memahami ku sepertimana aku memahaminya... ataupun mungkin dia sengaja mendugaku sejauh mana aku mampu bertahan..
    Naluri ini kuat menyatakan bahawa dia menyayangi ku seperti mana aku menyayanginya.. mungkin bibir kata terkunci sepi......

Mungkin.......


Dalam tidak ketentuan ku mencari arah memulihkan semula semangatku yang telah sekian lama berkubur. Aku cuba mengubah akan segala - gayanya namun tidak semudah itu... kembalilah aku ke rentak perjalanan hidup yang lalu... biarpun aku bergelar sang putra.. zack adalah zack tidak akan menjadi sang putra lagi......

Aku masih lagi merempat dan megemis hidup di pentas yang penuh dengan onak duri.... tewas.. tewas.. dan kecundang dalam semua kekuatan yang ku miliki......

Mungkinkah jua cinta terlarang ini terlalu menghantui ku untuk terus bergerak kehadapan.... cinta terlarang ini ku tahu akibatnya dan musibahnya.... kerana cinta ini aku terlalu derita dan sengsara... kerna cinta ini aku tewas didalam segala kebahagiaan ku.... kerna cinta ini hanya aku menjaganya .. hanya aku merindui bersendiri.. cinta ku ini cinta bertepuk sebelah tangan..... ku tahu cinta ini bukan milikku.. namun aku cuba bertahan kerna.. kerna.. aku terlalu menyayanginya sepenuh hati ku.. aku tertalu merinduinya setiap detik dan setiap saat.... aku tewas kepda tuntutan hatiku...... kerna sayang aku turutkan kerna sayang jugalah aku... makan hati berulam jantung setiap saat ... mungkin dia tidak memahimi disetiap pergerakkan dan alis mataku.... mungkin dia tidak merasai getaran hatiku ini.. mungkin dia tidak merasai apa yang ku rasai kini...... Aku tahu cinta itu tidak semestinya memiliki.. kerna itu aku tetap bertahan untuk mencdintai seseorang yang amat aku sayang..... tanpa pengetahuannya biarpun dia telah pun menjadi milik insan lain..... insan terlebih dahulu mengenalinya , insan pertama yang dia cintai.... dan hanya dia mencintai pasangannnya dan pastinya kehadiran aku tidak diperlukan... namun aku tetap bertahan dan akan terus mempertahankan cintaklu ini padanya.. sehingga aku menutup mata.. cinta ini cinta terlarang .. cinta yang tidak pasti penghujungnya.. cinta yang tidak akan bertemu di akhir nanti... namubn aku tetap gembira melihat akan kebahagiaannya.. Mungkinkah aku kan bersamanya.. mungkinkah...????


Penat...!!! oh penat mau xpenat.. hampir 24 aku xtido gara - gara masak untuk kenduri doa selamat. tapi xmengapa berbaloi dengan hasilnya....... so melepak je kat umah petang ni.. dah xdak keja... mybe mlm ni aku xkuar kot......... so tido cover up balik semua mimpi indah yang tertinggal.. ha3... sapa nak join just... masuk tido awal.. tanpa xtvt... so jadual asal memancing kat R N R terpaksalah dibatalkan... nasiblah badan si hery dengan G jagung kena pi berdua ja mlm nie ja..... k aku cau n out

Kalam Yang Hilang

Arhhhhh!!!!! hari seharian suntuk aku memeras waktu mengejar urusan yang tidak bermakna padaku... sampai solat jumaat pun aku xsempat nak mengadap maha pencipta...... majlis oh majlis kenduri tetiba jadi pembantu tukang masak sedangkan aku pun bukan lah pandai sangat bab.. bab mcm nie....... maka berjaga mcm kelawar xjadi menjamun ..... untung tak berlagu...........

Soal Hati


Berbicara soal hati terlalu banyak perspektif yang timbul, biarpun telah sedaya upaya kita cuba merubah mahupun mengawal perasaan kita apakah ianya berhasil..? Mungkin ya dan mungkin tidak. Bergantung kepada kekuatan semangat kita membentuk daya pemikiran yang lebih rasional...

     Aku masih lagi mencari erti kesempurnaan hati dan ketenteram hati...Dimana akal ku yang waras bila kalam kata berbicara... ku tahu akal ku seringkali di hujung lidah.....
     Merenung aku sendiri menatap waktu hadapan.. menilai sejauh mana kemampuan ku.. terserlah lah ketidakupayaan aku meniti hidup... ketersilapan ku terlalu menyimpang dari asa dan dasr prinsipku yang pernah ku pertahankan.. segalanya lebur menjadi debu.. Putra yang lahir kini berkubur tanpa nisan... hati yang kental kini lembut bagai rumpai di laut...
    Aku kehilangan arah.. bercanda mencari titik mula di manakah awal perjalanan harus aku mulakan....
    Ya Allah peritnya hidupku ini... mengapa sukar ku merawat luka ku ini... mengapa sukar ku temui sinar yang ku dambakan .... pada siapa harus ku perkatakan.. pada siapa harus aku mengadu nasib.. dan pada siapa yang dapat memahami keperitan dan kesakitan ini.... Aku ingin jua di kasihi sepertimana insan lain.. namun bahu ini kepada siapa yang dapat aku sandarkan..
   Selama ini aku tidak pernah menghargai insan yang pernah menyayangiku... dan kini sedarilah aku... betapa bernilainya sebuah ikatan itu.. walaupun keterlewatan untuk ku membetuli keterlanjuran ku... namun ku ingin memulakan semula.... detik - detik indah jika di berikan kesempatan dan ruang....
    Fikiran ku buntu dan ketidak tentuan arah membutakan segenap mata dan fikiran ku.. aku haya berserah......

Penitian Hidup

     Rentas hati ku semakin terusik gelora... entah mengapa sukar ku tafsirkan perasaan ku ini setelah duka dan luka merobek disetiap nafasku... terjungkit aku di batas waktu mengumpul semula kekuatan semangatku untuk terus meredah hidup.Aku terus berjuang tanpa mengalah .. aku bertarung untuk terus hidup dengan keredhaan Illahi.....
     Mengapa peritnya luka dihati ini.. entah mengapa sakitnya mencengkam fikiran ku.. terbuak rasa kekesalan lantaran kebodohan ku mendamba simpati hidup.... Aku sedar aku mengemis hidup di muka bumi ini.. aku sedar aku naif dan daif tentang perjalanan hidup.... Aku sedar aku insan kerdil yang berkelana di sudut dunia.... aku cuba bingkas bertatih langkah semula memulakan tautan langkah ku.. namun aku redah .. aku tidak sekental dulu meniti dugaan... Pincang ruak perjalananku.... Kemana harus lagi aku berteduh... mungkin disini bukan lagi perhentianku... yang pasti aku perlu mengerakkan langkah ku semula meninggalkan desa ini mencari sinar dan pohon berteduh yang akan memberikan ku keyakinan hidup semula.... Aku tidak ingin lagi disini.. kerna nista dan dusta silih merbut melingkari hidupku.... Madu yang ku hulur.. tuba dan racun dibalas buat ku..... inilah hidup jika insan sepertiku... terlalu mengharapkan kebergantungan pada insan lain.. jika sewaktu suka.. segalanya indah dan manis di bibir kata.. namun jika sudah tidak bernilai dibuang umpama sampah yang tiada harga.....

Bila Hati Berbicara

    Dikala senja ku sering merintis takdir.. apakah kerna luka ini memberi sentuhan yang sukar untukku lampaiskan... terfikir akan diri ku ini tentang harga diriku.. bisanya cukup kuat menghancurkan diri ku ini.. hampir putus bercerai ikatan dalam pancaran hati.. Terjuak aku menampung duka merawat sendiri didalam kesepian itu... walaupun terdetik rasa kasih dan rindu namun sudah ku sandarkan di suatu sudut agar bisa suatu masa nanti ku kutip semula... namun saat ini sukar bagi ku melafazkan sebuah kemaafan.. sukar bagi ku menerima kenyataan itu.... dan apakah ini jalan kita tidak sama dan serata lagi.....Didalam menjaga hati.. insan lain.. seringkali hati ku terluka tiap detik dan saat ....sudah sampai waktunya aku menjaga hatiku sendiri kerna tiada siapa peduli pada hatiku yang menangis kerna jiwaku telah mati didalam mimpi...

Di Persimpangan


   Desiran ini terfikir akan aku tentang kehidupanku.. apakah kemahuanku.dan apakah kesudahannya.. segalanya tidak pernah menjadi.. Mengapa dan kenapa diri ini tidak pernah betah melakukan sesuatu dengan tenang segalanya pasti akan ada musibahnya.. dimana salah dan silapnya... sedangkan usiaku kian lanjut menghambat waktu...
    Entah pada siapa akan memahami sikap ku.. namaun aku sendiri tidak menegrti dengan hati kecilku.. apa yang pasti bukan disini tempat.. bukan di sini tempat aku memohon restu.. bukan di sini pencarian ku.. harus bagaimana dan kemana langkah seterusnya untukku mengatur hidup... Aku tetap bersyukur dan rehda dengan hinaan, caci cerca yang di lemparkan pada ku.. kerna itu kenyataan apa yang terlintas dan terlihat oleh mereka.. biar sahaja mereka menghukum ku. kerna aku tidak akan dan tidak pernah menghukum mereka.. dan percaya akan aku .. kerna hati ku sentiasa memaaafkan mereka yang seringkali menabur domba.... Apakah mereka tidak pernah bersalah.. dan pastinya kesilapan ku memberikan aku pengajaran ini tentang hidup... Benar dan segalanya benar kerna hidupku tidak sempurna.. sujud ku tidak pernah sempurna.. dan segalanya tentangku tidak sempurna.. aku bukanlah nabi dan rasul.. aku sekadar insan yang menumpang hidup di sudut dunia... Biarlah aku terasing... biarlah aku dihina. .. asalkan aku dapat berbakti tanpa memikirkan hidup ku.. matlamat aku adalah pasti.. yang terfikirkan hati naluri ku adalah mati.. satu ungkapan yang seringkali aku nantikan kenyataannya..
    Sejak azali aku tidak pernah terfikir mencari kekayaan.darjat,pangkat dan pujian... seganlanya tentang dunia tidak pernah aku menaruh harapan dan meminatinya.. cukuplah aku sekadar pagi makan pagi.. kais petang makan petang.... aku tidak membutuhkan material duniawi.. seakan tetapi aku rela di hina dan di cerca.. kerna aku yang aku inginkan bukan kerhdaan manusia.. namun kerdhaan illahi... Ku akui didalam penitian hidup ini aku memerlukan kasih sayang.. namun semuanya hiasan palsu di waktu kelekaan.. Ku Akui aku pernah menyemat kasih pada insan lain.. seakan tetapi ianya perasaan kasih sesama manusia mengajar aku tentang luka.. dan keperitan... aku di buang bagaikan tikar yang tidak bernilai... lantas saat itu aku sedar akan hakikat kebergantungan kepada manusia... Yang kekal hanya kasaih sayang kepada Allah Dan Rasulnya... Ku terima hakikat itu.. walaupun hati nini tidak sebersih air zam - zam. . walaupun kasihku tidak sekuat Rasulnya .... namun aku cuba. biarpun telah rebah berkali - kali....
    Aku sedar hidup manusia memerlukan diantara satu sama lain.. dan sebolehnya aku cuba mengurankannya.. kerna aku ingin berdiri dengan berdikari dengan kemampuanku.. aku cuba dan cuba sedaya upayaku disetiap detik.. namun aku rehda dengan kententuan Illahi... Kesakitan ini adalah dosa - dosa ku di lembaran silam... noda yang telah ku lakukan kini menghukum diri ini.... aku hanya mampu berdoa dan bertaubat semoga mendapat keampunan illahi....
   Kekadang bentak hatiku ingin berbicara...meluah apa yang terbuka... mengadu keluh resah.. namun pada siapa.. tiada ada satu mahkluk diatas muka bumi ini wujud kan kepercayaan ku padanya... aku tidak pernah mempercayai sesiapa yang berada disekeliling ku... lantas ku tertujah sepi untuk berkata - kata tentang hidupku.. aku berbicara sendirian... dan pastinya aku akan sendiri meniti usiaku ini.... kerna.. insan - insan di sekeliling ku seringkali .. melukakan. hati ku... lantas bagaimana harus aku menaruh harapan untuk menumpang kasih....??? Kawan - kawan.. hanyalah teman diwaktu ruangan kosong dan bukan untuk pengisian waktu ku... kawan - kawan hanya sebagai pelengkap waktu.... sahabat.. sahabat ku telah lama pergi menemui illahi mengadap Maha Pencipta.. hanya yang tinggal kini aku..... bertarung hidup.
     Aku terus berjuang dan berjihad, bertarung aku untuk terus hidup dengan khudrat yang di berikan... dengan kesempatan yang ada.. aku cuba mengisi waktu itu sebaik mungkin... kerna hidup ku masih bersisa... Mungkin sudah sampai masanya aku berhijrah meninggal desa ini.. sudah sampai masanya aku berkelana.. sudah sampai waktunya aku tinggalkan segalanya ini.... kerna pencarian ku belum bernoktah... Aku kaan pergi sejauh mungkin.. dan akan aku tinggalkan segalanya .. pasti .. aku sekadar menanti detik yang paling afdal untuk ku memulakan hijrah ku.... ku sedar di sini bukan tempatku...... aku memerlukan waktu untuk ku menghabiskan urusan ku disini.. kepergianku bakal menjelang.. dan tidak akan kutakan pada sesiapa ... Aku hidup bukan ingin meraih simpati.. tetapi aku hidup .. hidup mengemis hidup... untuk terus hidup sebagai hamba... kerna aku tahu aku dalah hamba kepada hamba.. dan aku kekal sebagai hamba.. kepada Maha Pencipta.. aku tidak wujud diri.. dan segalanya pinjaman semata mata......
    Aku tidak mempersoalkan hidupku.. dan tidak pula mengeluh.. kerna ini adalah ketentuan Illahi.. rezeki.. dan nikmat hanya MilikNya dan aku sekadar menumpang dengan keredhaan yang telah diberikan.... Jadi bagaimana aku mempersoalkan semua itu.. Aku Tahu Allah sedang berbicara denganku...  Allah sahaja yang mengasihi diriku ini.. hanya Dia yang mencintai diriku Hanya Allah yang memberi ruang kasih untuk terus aku hidup.....
     Seketika aku pernah memilih jalan hitam.. aku pernah terjebak di dunia gelap penuh dengan noda dan dosa.. aku berhempas pulas untuk keluar menyuci diri.. betapa hinanya diri ku ini.. barangkali aku sudah tidak bermaruah... hilang nilai harga diri... Toda siapa ketahui kerna.. polos dan kebaikkanku menutupi semua itu.. hanya allah yang mengetahui segalanya.. aku tidak sempurna.. dan aku akui akulah insan yang paling derhaka Kepad Maha Pencipta... namun kerna Kasih Dan rahmatnya.. Allah seringkali memberikan aku peringatan agar aku kembali kepangkal.. jalan.. dan ku temui jalan itu....  Kerna lantaran itu.. aku tidak ambil peduli dengan kehinaan yang telah dilemparkan.. dan sememangnya aku tahu siapa diriku......
    Aku tidak berharta.. Tidak pula berparas rupa... cukuplah aku mempunyai sekeping hati yang telah menerap nilai kemanusiaan dan jati diri.. untuk ku bangun kembali.. ke hakikat hidup... Disaaat ini aku terikat dengan manusia di sekelilingku.. aku ingin memutuskan semua ikatan itu.... aku ingin bebas.. sebebas mungkin... namun tanggungjawabku pada desa telah menghalang jalan pencarianku.. aku mematikan niat ku kerna desa ini... walapun aku tidak mempunyai apa - apa kepentingan... Kerna desa ini aku masih disini.... aku korbankan diriku dan hidupku untuk desa ini.. dan aku tidak memerlukan pujian mahupun sanjungan... cukuplah sekadar dapat aku merubah sedikit keadaan.... Andai sudah sampai waktu kepergiaan ku.. akan ku tinggalkan semua ini.. dan terpaksa aku melepaskan tanggunjawabku pada desa.. kerna hijrah ku.. semakin kuat hijrah menyeruku.. bisikkan hati ku kian gempita.. mengalun gelora...
   Ya Allah ku memohon kepada mu bebaskanlah aku .. daripada tanggunjawab ini kerna aku ingin menghambakan diri padamu.... tunjukkilah aku jalan itu dan jalan keluar dari segalanya ini... berikanlah aku sinar itu.. berikanlah aku petunjuk.. untukku membuat keputusan dan membulatkan tekad...... amin Ya allah

Jatuh Tanpa Kepastian

Jatuh dan tewas aku didalam dilema dikala kabus malam, terbias aku tanpa perasaan, tanpa kepastian aku terasa kosong dan sunyi... hilang segala ketenangan ku, menatap waktu aku didalam kegelapan... Terkeliru dan terkedu lantaran permintan hati ini, apakah ertinya hidupku yang terhempas setelah ku kumpulkan segala kekuatan semangat mengharungi hidup. Kejutan ini tidak ku sangka memberi kesan yang lebih mendalam. Mencari aku dimana silapnya, tercari aku sinar untuk kembali senyum... kemanakah perginya kemesraan ku, senyuman ku... segalanya pudar sukar bagi ku untuk melampiaskannya.... Penat nya Ya allah, letih, sakit dan deritanya hidup ku
Tidak adakah sinar bahagia untukku walu hanya seketika waktu untuk menatap hidup, selingkuh hidupku terlalu perit untuk direngkuh... apakah kesudahan hidupku ini,