Penitian Hidup

     Rentas hati ku semakin terusik gelora... entah mengapa sukar ku tafsirkan perasaan ku ini setelah duka dan luka merobek disetiap nafasku... terjungkit aku di batas waktu mengumpul semula kekuatan semangatku untuk terus meredah hidup.Aku terus berjuang tanpa mengalah .. aku bertarung untuk terus hidup dengan keredhaan Illahi.....
     Mengapa peritnya luka dihati ini.. entah mengapa sakitnya mencengkam fikiran ku.. terbuak rasa kekesalan lantaran kebodohan ku mendamba simpati hidup.... Aku sedar aku mengemis hidup di muka bumi ini.. aku sedar aku naif dan daif tentang perjalanan hidup.... Aku sedar aku insan kerdil yang berkelana di sudut dunia.... aku cuba bingkas bertatih langkah semula memulakan tautan langkah ku.. namun aku redah .. aku tidak sekental dulu meniti dugaan... Pincang ruak perjalananku.... Kemana harus lagi aku berteduh... mungkin disini bukan lagi perhentianku... yang pasti aku perlu mengerakkan langkah ku semula meninggalkan desa ini mencari sinar dan pohon berteduh yang akan memberikan ku keyakinan hidup semula.... Aku tidak ingin lagi disini.. kerna nista dan dusta silih merbut melingkari hidupku.... Madu yang ku hulur.. tuba dan racun dibalas buat ku..... inilah hidup jika insan sepertiku... terlalu mengharapkan kebergantungan pada insan lain.. jika sewaktu suka.. segalanya indah dan manis di bibir kata.. namun jika sudah tidak bernilai dibuang umpama sampah yang tiada harga.....

1 komen:

DaNieL HafIz said...

hidup ini diibaratkan roda, kejap diatas dan kejap di bawah. sentiasa lah beringat bahawa dunia ini hanya pinjaman semata-mata dan janganlah mencemarkan ia dengan onar yang kotor. Di dalam kesibukkan kita hendak memberikan yang terbaik kepada orang lain maka berbuatlah baik kerana allah dan janganlah mengharapkan pembalasan. Kerana setiap perbuatan kerana allah maka pahala melimpah ruah akan diturunkan allah. Bersabarlah dengan segala dugaan yang diturunkan kepada tuan tanah kerana dengan ujiannya maka terhapuslah sedikit demi sedikit dosa yang pernah dilakukan.


salam kunjungan
dunker-season.blogspot.com

Post a Comment