Dalam kenangan.......


" Putra.... Putra.... Putra bangun.......!!!!"
"Ye awat..?"
" Telefon...." kata emak

Putra bingkas bangun dari tidur selepas isyak sebentar tadi. Kepala masih pening lagi, dengan langkah yang lemah putra terus mencapai telefon yang berada di ruang tamu.

"Assalammualaiku.....!!!!" pemula bicaraku
" wasalam"
saper ye...?" aku mulai bertanya
" Akak ika ni!"
" Oh ! akak naper ek..?" tanya ku lagi
" Akak nak bagi tahu putra ni...!!! tapi sabar ye.... akak harap putra tabah ye.... !" getar suara akak ika mulai berubah

" Aper nyer akak..?" soal ku lagi
" Abang azman dah meninggal tadi lepas isyak, esok pagi pukul 10 pagi nak dikebumikan...." lancar saja bicara akak ika kepada ku
" Ya allah ! innalillah hiwainalillah hirraziun.... akak tak apa akak ! kejap lagi saya sampai ye..!" pantas ku menjawab
sewaktu aku meletak ganggang telefon dengup jantung ku makin lagu.. debar ku kian memuncak, lemah seluruh tubuh, aku dengan sebak menahan mutiara putih dari bergugur terus ke bilik dan bersiap - siap ke rumah abg azman.
" Ni nak kemana pulak tu..? lewat - lewat macam ni nak keluar lagi....? esok nak SPM " leter emak.
Aku diam seribu bahasa terus keluar dan mencapai basikal menuju ke rumah abang azman yang terletak kira - kira 7 kilometer dari rumahku

********************************************************

Ketika selesai sahaja aku membuat semua rujukan di perpustakaan sekolah, aku terus beredar untuk pulang, seperti kebiasaanya aku membuat latihan dan rujukan di perpustakaan sekolah sehingga jam 4.30 petang. Sewaktu aku melintas jalan hujan mulai lebat turun membasihi bumi sempat aku berlari anak ke perhentian bas yang terletak diseberang jalan berhadapan dengan sekolah.
"ish ! hujan pulak, macam mana aku nak balik nanti....!!!" dengus ku sendiri
Hujan semakin lebat, aku masih menanti bas 53 untuk pulang di Kampung Belah Dua, belum sempat aku berangan - angan sebuah motosikal RxZ berhenti, kelibat seorang pemuda sekitar usia 30 an menumpang teduh disini.
Aku mengukir senyum sekadar tanda salam
" Ah ! lebat hujan, baru lik sekolah ke.?" soal pemuda tadi
" Ye baru je balik, tadi buat rujukan sikit dekat libary" jawab oleh ku
" Form berapa..?"
" Form 5, aliran sains tulen" terang ku lagi
" OoOo form 5 bagus la!, so macam mana dengan exam nanti..? tanya pemuda itu lagi
" Macam biasa je bang..! saya ni sibuk sikit banyak kerja nak buat, kalau ada rezeki insyallah ok la kot result SPM nanti", ujarku lagi
" Abang dari mana dan hendak kemana...? " soal ku dengan soalan skema
" Baru balik kerja. Abang kerja dekat BM nak balik permatang tengah, hujan lebat singgahlah sekejap bagi hujan reda sikit, biasala naik moto ...! hujan je kena la cari tempat berteduh". terang Abang azman,
Aku hanya mengangguk dan mengiakan kata - kata pemuda tadi, seketika kesunyian menerjah tiba, seolah - olah terbuku kebuntuan di dalam diri masing - masing. Ketika ini hanya aku dan pemuda itu saja yang berada di perhentian bas dan hujan semakin lebat.
" Best ke abang naik moto RxZ..?" soal ku memecah kebuntuan tadi
"Ok la. Tapi tua - tua ni naik moto macam ni dah mengalahkan mat rempit pulak". Terang pemuda tadi
" Nak panggil Abang pe ek..?"
" Panggil la abang azman." jawab pemuda tadi
" Ok, saya kat sekolah kawan - kawan pangil JJ" terang ku spontan
Aku ketawa sinis dengan gelaran nama tersebut. Jam ditangan menunjukkan hampir pukul 5 ptg
arrrhhh... bas tak datang lagi...!" dengus ku sendiri. Aku dan abang azman terus berbual kosong kedang - kadang terkeluar pertanyaan latarbelakang diri sendiri.Aku sekadar menjawab bagi mengisi keboringan aku waktu itu.
" Jom abang hantar balik. hujan dah reda ni..!!" ajak abang azman
" tak pa lah abang..! sayanaik bas je..!
" Jom la abang hantar...!!! naper takut abang culik ke..?
" Takut gak " pantas ku menjawab
"Jom jangan takut, abang pun nak lalu jalan tu gak.! ni tak payah nak takut dengan abang. Jom la..!! kang nanti hujan balik", pujuk abang azman
Aku dengan malu - malu kucing terlembut hati juga dengan pelawaan abang azman.Sepanjang perjalanan kami hanya membisu seribu bahasa, mungkin abang azman sedang menumpu pada lopak - lopak air disepanjang jalan, sedangkan aku asyik melayan fikiranku sendiri.
" Rumah kat mana dik..?" soal abang azman.
"Abang berhenti je sebelum surau, Kg saya bukan Kg Belah Dua, tapi Kg Masjid Timah, so abang berhenti je tepi jalan tu". terang ku
" kat sini ke?"
" Dah sampai sini pun dah cukup abg, terima kasih ye sebab hantar saya balik ek...!"
" masuk dalam kg jalan kaki ke.?" tanya Abang azman lagi
" Tak lah ada basikal la abang" jawabku
"Ok lah Kalau macam tu abang balik dulu ek..!!" pinta abang azman
" Terima kasih ye..!! ulang ku lagi'
Tanpa ucapan balas Abang azman terus memecut laju dengan sekelip mata sahaja dia sudah hilang didalam kesibukkan jalan raya. Aku berlari anak ke tempat letak basikal dan terus pulang kerumah....

**********************************************
Selepas waktu sekolah aku terus mengulangkaji pelajar di pusat sumber sekolah seperti biasa dan seperti hari - hari yang berlalu aku pulang selepas jam 4 petang. Setelah selesai membuat rujukan aku beredar untuk pulang.Ketika aku sedang menanti bas untuk pulang tiba - tiba sebuah motosikal berhenti di hadapan perhentian bas.
"Alamak mamat ni ke...!" bentak hatiku
"Assalammualikum...!" ucap Abang azman
"Wasalam bang!"
"Jom abg hantar balik...".
" Tak pa lah bang, saya naik bas je!" tegasku
"Jom". keras nada abang azman kali ini sambil menarik tanganku
Aku hanya turut mengikuti tanpa membantah, di pertengahan jalan dia memberhentikan motosikalnya lalu menjagak ku minum petang di sebuah warung berhampiran masjid simpang empat. Aku hanya menuruti. Begitulah hari - hari yang berlalu setelah muncul insan bergelar seorang abang dan apabila tiba hujung minggu dia membawa aku keluar bersiar - siar sambil meluangkan masa untuk saling mengenali.Ternyata dia seorang insan yang terlalu baik dan sentiasa menjadi pembakar semangat untuk aku terus berjuang didalam SPM nanti.Terlalu banyak aku mempelajari dari dirinya.Dia mengajarku tentang Solat, Silat, Hukum Tuhan, Hukum alam, Hukum Manusia dan Hukum Diri malah dia turut membantu aku dari segi kewangan dan pelajaran.
Detik itu aku mulai beryukur dengan anugerah tuhan yang menemukan aku dengannya, terlalu banyak perubahan didalam perjalanan hidupku.Aku kini lebih mengenali tentang diriku sendiri, baru ku tahu konsep hidup bertuhan aku bertuan. Abang azman sanggup meluangkan masa dan harta demi kejayaan aku tercapai.Seorang insan yang tiada ikatan persaudaraan tetapi terlalu dekat dihati bagaikan saudara sendiri dan kadangkala saudara sendiri terasa asing dan jauh untuk berkongsi hidup.Saat itu aku terdetik sayang seorang adik terhadap seorang abang.

*****************************************************

Akhirnya sampai jua aku kerumah abang azman hampir 30 minit aku mengayuh basikal. kelihatan telah ramai orang yang datang meziarah .Aku bergegas meluru masuk kerumah tanpa dipelawa.
"Akak mana jenazah.?" Soal ku ketika tersermpak dengan Kak ika
" bilik tu", akak ika menunjuk kepada ku sambil menunding jari, jelas kelihatan terpancar kesedihan di raut wajah akak ika ketika itu.
Aku terus ke bilik dan membuka kain yang menutupi wajah abang azman, namun saat itu aku telah mengeraskan hati agar tidak akan sesekali mengalirkan airmata di hadapan orang ramai. Aku duduk sambil menghadiahkan Al fatihah kepada insan yang amat ku sayang, tanpa ku sedari mutiara putih berguguran jua tanpa keralaan ku. Tidak tertahan aku dengan dugaan ini. Aku beredar dari situ menuju ke bilik abang azman di tingkat atas.
" Tok saya nak ke bilik abang boleh tak?" pinta ku pada nenek abang azman. Tok senah hanya mengangguk sekadar mengiakan tanda keizinan.
Aku naik satu persatu anak tangga tanpa memperdulikan orang yang sedang memehartikan gerak geri ku dari tadi.Aku merebah diri diatas katil abang azman. Disatu sudut ku lihat masih tersusn rapi kotak - kotak rokok Dunhill yang disimpan abang. Dia mengumpulnya sebagai koleksi, pada anggaranku mungkin telah mencapai ratusan kotak didalam almari usang itu.Sebenarnya aku pernah kesini beberapa kali, oleh sebab itu aku telah biasa dengan keluarga abang azman sekeluarga. Mereka terlalu baik untukku.Tiba - tiba pintu dikuak, aku terkejut beruk.
" Akak!", keluhku
" Akak abang sakit apa?," soal ku
"Kanser la adik, dah 3 tahun", jelas akak ika
" 3 tahun akak, Ya allah! jadi selama ni ! abang memang dah sakit la?"
" Ya la adik! adik tak tahu ka.Abang tak pernah cerita ka..?
"Tak ada la akak" jelasku
Seketika suasana sepi seketika melayan fikiran masing masing menbuatkan kesepian itu lebaih memeritkan.
"Macam mana exam esok adik?"
" Tah la akak, esok paper BM akak, kan baru mula, tu yang buat saya pening tu...!!! saya tak sempat nak ikut pengebumian abang esok,Akak macam mana ni..?.
" Tak pa lah adik, ambil exam tu, ingat tu masa depan adik!!, jenazah pun kena kebumikan secepat mungkin.
"Ye la akak saya paham".
"Adik ni surat dari abang", sepucuk surat di hulur kepadaku, aku mengambilnya tanpa membantah lalu membuka surat tersebut dihadapan kak ika.

Buat insan yang teristimewa,

Kehadapan adiku putra yang dikasihi, tatkala disaat ketibaan warkah yang tidak pernah diundang dikau menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Semoga diwaktu ini putra adikku beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan disamping keluarga tersayang.Maafkan abg dikala warkat pertama dan terakhir sampai kepada putra abg telah pergi jauh ke meneruskan kehidupan yang hakiki.
Putra adikku, maafkan abg seandainya warkah luhur ini menjerat dirimu dipersimpangan dilema, Maafkan abg kerna merhsiakan sesuatu yang tidak adik jangkakan... maafkan abg adiku putra. Kekadang terkilan rasa hati kerna abg masih belum sempat menunaikan segala impian adik, abg tidak mampu untuk terus bersamamu wahai kesayangan hati, percayalah segalanya ini ketentuan illahi. Ingat jangan sesekali tewas pada kelemahan hati, kuatkan dirimu, kentalkan hatimu, perkukuhkan minda mu adikku... jangan dan jangan sesekali menangisi kepergianku untuk selamanya.... sebaliknya rehdalah kepergianku beriringan dengan doamu wahai adikku.
Putra ingat janjimu adikku .... abg percaya adik pasti berjaya didalam SPM nanti dan juga didalam hidup.pegang janji dan kata - kata mu adik yang telah dijanjikan pada seorang abg....
Abg terlalu sayangkan mu adikku putra.... aku terlalu menyangi dan mengasihimu adiku.....
Biar apa pun yang terjadi jangan menyalahkan takdir sebaliknya sujudlah wahai adikku pada tuhan sekelian alam yang menjadikan langit dan bumi...
Putra adikku. maafkan abg kerna tiada apa yang dapat abg berikan pada adik selain warkah terakhir ini..... Jika hatimu resah, pejamkanlah matamu wahai adikku, bayangkan emak dan ayahmu, insyallah pasti akan terkumpul kekuatan dan menemui jalan keluar dari kesulitan itu......
Akhirkata pinta abg mengundur diri , sambutlah salam terakhir dari seorang abg, maafkan abg di dunia dan di akhirat dan halalkan segalanya sepanjang perkenalan kita......

wasalam,

salam terakhir
................



Setelah selesai aku membaca warkah itu, aku terus bergegas pulang kerumah kerna jam telah menunjukkan hampir pukul 12.30 pagi.Setelah bersalam dan meminta izin untuk pulang dari tok senah dan akak ika aku terus beredar pulang. Sepanjang perjalananku aku menangis sepuas hati ditemani hujan lebat ketika itu. Tanpa berfikir panjang ku redah juga ribut melepaskan keperitan hati..
" Ya allah inikah ujianmu untukku, perkuatkanlah aku Ya allah! " keluh hatiku

************************************************

Seawal pagi aku bangun dan solat subuh untuk menghadapi peperiksaan SPM dengan kertas pertama hari ini.......

Semasa aku sedang menjalani peperiksaan SPM kertas 1 BM, saat itulah wajah abang azman muncul di setiap kertas - kertas jawapan ku..... Mutiara putih jatuh satu persatu sehingga ditegur pengawas dewan..... saat itu aku terkilan kerna tidak dapat menghadiri pengebumian arwah abang azman.....
" Maafkan Putra abang....!!!!" rintih hatiku...............................


* Secebis kisah benar dari catatan hidup putra. Warkah terakhir itu masih dalam simpanan putra selama 12 tahun.... Akhirnya SPM putra cemerlang dan paper BM putra memperolehi 1A... Abang sehingga kini aku masih menyangimu seperti dahulu.........

2 komen:

Anonymous said...

salam kerinduan...

abg putra..SEDIH sgt adeq membaca kisah peribadi kehidupan abg putra. dah la kenal dgn arwah abg azman pun tak lama dan dgn sekelip mata arwah pergi meninggalkan abg putra. sedih sangat2. tak tertahan air mata ini utk mengalir abg putra. namun, adeq terpaksa menahannya kerana tak sanggup utk roomate melihat kesedihan adeq. mengertilah bahawa adeq sebak dan terlalu mengerti keadaan abg ketika ini. tapi, adeq tahu abg putra seorang yg kuat utk menghadapi cabaran. abg jgn sesekali tewas dgn dugaan yg menimpa..

abang putra...adeq syg sgt kat abg..
terlalu sayang...arghhhhh...kenapa nie...
sayu sgt malam ni..
tapi adeq perlu kuat..kuat utk melawan emosi.adeq tak nak menjadi seorang yg tewas dalam emosi. walaupun ini adalah kisah abg putra, tapi adeq sendiri tak pernah merasa 'kehilangan' org yg adeq syg. adeq tak tau la mcmana keadaan adeq ketika mana org yg adeq syg tiada lagi di dunia nie..
kisah abg putra dgn arwah abg azman menjadi iktibar dan petunjuk utk sentiasa menyayangi org disekeliling kita. tambahan pula org yg kita maksudkan itu adalah org yg dekat dan yg menyayangi kita sepenuh hati. jadi, kita jgn sia2 kan waktu dan masa yg telah dikurniakan Tuhan kpd kita kan??
12 tahun???bukan suatu jangka masa yg singkat utk menyimpan kenangan yg pernah menjadi suatu detik terindah didalam hidup. perkenalan yg hanya bermula pondok bas telah menyatukan abg putra dgn arwah sebegitu akrab sekali. beruntung abg putra menerima pelawaan arwah. andai kata abg putra menolak, maka tiadalah detik dan kenangan itu. takdir penentu segala2nya bukan...

Rosez Leena (Org Ganu) said...

salam ziarah..

tahnx for being my follower..
kisah putra ni cukup menyentuh hati smpi wat sy sebak..speechless
sy pn pernah rse kehilangan org yg sy syg..mmg perit n sedih..hanya Tuhan yg tahu betapa sedihnya sy mse tu..
papepn smoga awk sukses selalu, ingat jodoh, hidup mati di tangan Tuhan. Kita tak bleh nk halang qadak n qadar Allah..

wassalam

Post a Comment